Selamat Datang Ke

Jumaat, 11 Julai 2008

Sukan Olimpik 2008 Beijing China

Olimpik Beijing 2008

Lompat ke: navigasi, gelintar
Sukan Olimpiad XXIX
Logo rasmi Sukan Olimpik 2008

同一个世界同一个梦想 (Satu Dunia, Satu Impian)
Logo "Beijing Menari", dipaparkan menerusi cap
mohor Cina yang menggunakan karakter "Jīng" (京, daripada
nama tuan rumah) yang mengadaptasikan bentuk menari.

Tuan rumah Beijing, China
Penyertaan negara belum pasti
Jumlah atlet kira-kira 10,500[1]
Acara 302 dalam 28 sukan
Upacara perasmian 8 Ogos
Upacara penutupan 24 Ogos
Stadium Stadium Nasional Beijing
Sukan Olimpik 2008
ASYRAFFBLOG

Sukan Olimpik 2008 atau secara rasminya dalam bahasa Inggeris: Games of the XXIX Olympiad (Sukan Olimpiad XXIX) akan diadakan pada 8 Ogos 2008 hingga 24 Ogos 2008. Upacara perasmian akan bermula tepat pada jam 08:08:08 pm CST (12:08:08 UTC) di Stadium Nasional Beijing, Beijing, Republik Rakyat China. Ini merupakan kali pertama China menjadi tuan rumah Sukan Olimpik, serta kali ketiga bagi negara Asia, selepas Tokyo 1964 dan Seoul 1988.

Terdapat banyak acara sukan yang akan dipertandingkan di luar Beijing iaitu bola sepak (di Qinhuangdao, Shenyang, dan Tianjin), ekuestrian (di Hong Kong), dan kapal layar (di Qingdao). Ia merupakan Olimpik yang ketiga yang dianjurkan dua negara NOC berlainan (Hong Kong dan tanah besar China menganjurkan Olimpik bersama).

Beijing dipilih sebagai tuan rumah oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada 13 Julai 2001. Logo rasmi temasya sukan (dinamai "Beijing Menari") menyerupai perkataan 京 (pinyin: jīng, ibu kota), iaitu satu kependekan bagi bandar raya Beijing. Sukan Beijing 2008 mempunyai lima maskot, yang dipanggil "Fuwa", dan melambangkan kelima-lima warna logo Olimpik.

Temasya sukan ini melambangkan pertumbuhan ekonomi China masa kini yang pesat, serta kebangkitan semula China sebagai kuasa besar dunia.[2] Namun, terdapat juga protes daripada warga dunia tentang isu pencemaran alam sekitar, rekod hak asasi manusia China yang buruk,[3] serta isu perjuangan kemerdekaan Tibet, iaitu perkara yang boleh dikatakan melanggar prinsip-prinsip Sukan Olimpik.


Proses pemilihan tuan rumah

Jam Countdown
Jam Countdown

Beijing telah dipilih menjadi tuan rumah pada 13 Julai 2001, semasa Sesi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa ke-112 berlangsung di Moscow, menewaskan Toronto, Paris, Istanbul, dan Osaka. Sebelum pengundian itu, lima bandar raya lain—Bangkok, Cairo, Havana, Kuala Lumpur, dan Seville—diterima bidaannya oleh IOC tetapi gagal disenarai pendek pada 2000. Susunan pengundian seperti berikut:

Keputusan pemilihan tuan rumah Olimpik 2008
Bandar raya NOC Pusingan 1 Pusingan 2
Beijing Flag of the People's Republic of China China 44 56
Toronto Bendera Kanada Kanada 20 22
Paris Bendera Perancis Perancis 15 18
Istanbul Bendera Turki Turki 17 9
Osaka Bendera Jepun Jepun 6

Pada pusingan pertama pengundian, Beijing mendahului jumlah undiannya berbanding empat pencalonan yang lain. Osaka hanya memperoleh enam undian dan telah disingkirkan. Pada pusingan kedua, Beijing memperoleh undian majoriti mutlak, penyingkiran memerlukan pusinga berikut.[4]

Setelah memenangi bidaan, Perdana Menteri China Li Lanqing membuat kenyataan pada (17 Ogos 2001): "The winning of the 2008 Olympic bid is an example of the the international recognition of China's social stability, economic progress and the healthy life of the Chinese people." Sebelum itu, Beijing melakukan bidaan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2000. Beijing menjadi pendahulu pusingan pertama, tetapi tewas di tangan Sydney pada pusingan akhir pada 1993.

Maskot

Rencana utama: Fuwa

Fuwa (bahasa Cina: ; pinyin: Fúwá; bermaksud "anak patung bertuah") diumumkan sebagai maskot Olimpik Beijing 2008. Fuwa telah dirasmikan pada 11 November 2005, tepat seribu hari sebelum upacara perasmian Olimpik Beijing 2008. Pada asalnya ia dinamakan sebagai "The Friendlies". Akan tetapi, ia telah merisaukan pegawai rasmi China yang bimbang akan disalahertikan sebagai "friendless" atau "friend lies".[8]

Fuwa terdiri daripada lima jenis maskot iaitu ikan, panda gergasi, api, antelop Tibet, dan burung layang-layang . Maskot itu terdiri daripada lima elemen mengikut falsafah Cina iaitu air, logam, api, kayu, dan bumi. Setiap jenis Fuwa memiliki warna-warna yang terdapat dalam Gegelang Olimpik yang mempunyai lima gelang. Lima Fuwa itu dinamakan sebagai Beibei, Jingjing, Huanhuan, Yingying, dan Nini. Apabila setiap satu bagi lima nama jenis maskot bersama digabungkan, keputusannya menjadi satu perkataan iaitu (Běijīng huānyíng nĭ) yang bermaksud "Beijing menyambut anda".

Antara sukan yang dipertandingkan ialah






1 ulasan:

flyana berkata...

erm...
nothing 2 say but
doakn n moga2
malaysia
dpt laa
menang
huuhhu=]