Selamat Datang Ke

Sabtu, 3 Mei 2008

RUANGAN FAVOURITE ASYRAFF BLOG ... ASTRO CERIA






APA ITU ASTRO CERIA ?...

Astro Ceria ialah saluran kanak-kanak yang pertama di Malaysia yang menyiarkan cerita kartun untuk kanak kanak setiap 24 jam setiap hari . Contoh-contoh rancangan yang terdapat di Astro Ceria ialah ...

Tom Tom Bak











Hadziq dan Uncle Aznil sedang mengacarakan Tom Tom Bak bersama tetamu jemputan.

Tom Tom Bak adalah sebuah rancangan aneka bakat dan ragam kanak-kanak yang mula disiarkan selama ½ jam di saluran Astro Ceria pada pukul 12 tengah hari, bermula 24 Jun 2007.
Pengacara untuk rancangan ini dikendalikan oleh
Aznil Nawawi atau lebih dikenali sebagai Uncle Aznil. Selain itu, pengacara cilik, Haziq juga memeriahkan lagi rancangan ini.

Segmen
Rancangan Tom Tom Bak dibahagikan kepada 4 segmen iaitu
Siapa Dia? - cuba teka watak yang dilakonkan oleh adik-adik ini
Jom Borak - tetamu cilik berkongsi pendapat masing-masing
Ada Bakat Ke? - Saksilah persembahan hebat daripada bintang cilik ini
Jeng Jeng Jeng - Kemuncak rancangan di mana penonton memilih peserta yang paling berbakat setiap episod berdasarkan jeritan 'woo' daripada penonton. Setiap penonton hanya boleh melakukan jeritan sokongan ini sekali sahaja.


Hikayat Putera Shazlan
Hikayat Putera Shazlan merupakan suatu cerita kanak-kanak yang ditayangkan di Astro Ceria.Kini, rancangan ini telah memulakan episod baru pada setiap Ahad, jam 11.30 pagi, dengan ulangan pada jam 3.00 petang.
Hikayat Putera Shazlan merupakan tajuk kepada
buku ajaib yang mengisahkan tentang kehidupan hairan seorang budak lelaki bernama Shazlan yang sebenar di dunia nyata. Hidup Shazlan yang sukar bersama keluarga ibu saudaranya ditemani alat-alat seperti teko emas ajaib dan sepasang gunting ajaib yang diberikan oleh buku ajaib. Tetapi, objek-objek ini tidak dapat menyelesaikan segala masalahnya. Ini kerana sebagai seorang lelaki, dia masih perlu belajar untuk mendapatkan objek berkuasa yang diberikan oleh buku ini kepadanya. Inilah pengajaran yang dipaparkan oleh setiap episod;anda bertanggungjawab besar jika anda mempunyai kuasa yang hebat.

Gerak Geri Gasing
Gerak Geri Gasing ialah sebuah rancangan interaktif berdasarkan permainan tradisional Melayu iaitu gasing. Musim kedua Gerak Geri Gasing akan ke udara mulai hari Ahad, 29 Julai 2007 jam 11.30pagi di Astro Ceria.
Musim kedua Gerak Geri Gasing kembali dengan permainan yang lebih menarik, hadiah yang lebih hebat dan penonton pasti lebih seronok!
Pengurus Saluran Astro Ceria, Shelina Razaly Wahi, berkata Gerak Geri Gasing memberikan kanak-kanak peluang untuk bermain permainan yang menyeronokkan.

Watak
Abang Zoey - Pengacara Gerak Geri Gasing
Mat Kacau

DJ Pak Kacau


Geng Bas Sekolah
Geng Bas Sekolah ialah kisah 5 murid dari sekolah yang berbeza telah mengikat persahabatan melalui sebuah bas sekolah. Maka di situlah bermulanya pengembaraan apabila perjalanan yang mereka lalui setiap hari dipenuhi dengan cabaran dan dugaan yang menjadi asam garam alam persekolahan.

Watak
Abang Mat - Pamandu Bas Sekolah
Amin - Ketua Geng Bas Sekolah
Melly
Chua
Thanusha
Jinak

3 ulasan:

flyana berkata...

tgk jgn x tgk ok
huhuhuh

Tanpa Nama berkata...

saya suka Melly mcm mane nak chat ngan dia hah?

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.